RUMAH KAYU BUBINGA
Boleh memuatkan seramai 5 ORANG DEWASA
​
Rumah Bubinga mempunyai 2 TINGKAT. Tingkat bawah mempunyai ruang luas untuk bersantai, ruang dapur yang selesa dan bilik air.
​
Tingkat atas pula mempunyai ruangan istirehat berloteng dan di beranda terdapat kerusi dan meja santai untuk menikmati panorama alam semulajadi.
​
Mempunyai ruangan terbuka dan tiada katil. Konsep ini mengembalikan kenangan zaman dahulu, tidur lambak (tidur beramai-ramai) beralaskan tilam empuk dan selesa yang disediakan.
​
Terdapat satu unit pondok "Sarang Burung Tempua" yang boleh digunakan secara percuma khas untuk tetamu penginapan di Kampung Bubinga.
​
Ruangan untuk santai dan BBQ disediakan bersebelahan dengan Rumah Bubinga serta bergambar keindahan selfie spot sebagai gambar kenangan untuk dibawa pulang.
​
Anda boleh menikmati aktiviti riadah mandi sungai, berkelah, sewa tiub pelampung, berbasikal dan melawat ke Mini Zoo.
​
ISTIMEWA : Welcome Drinks dan Mineral Water
fasiliti
-
5 Tilam Lipat
-
Set Meja Santai Berpayung di balkoni luar
-
Penghawa Dingin
-
Kipas berdiri
-
Peti Ais
-
Pemanas Air Elektrik
-
Jug, Teko & Cawan
-
TV TNT Chanel
-
Tuala
-
Periuk nasi elektrik
-
Dapur lengkap dengan sedikit bahan asas (minyak masak, beras, telur, bawang merah, bawang putih, garam, gula, minyak, serbuk kunyit, asam keping, serbuk teh, serbuk kopi, tepung gandum & biskut).
bermula dari:
RM 800
satu malam











